" KuNjungAn AnDa sAnGat beRhArGa "

Sunday 29 April 2012

Ku ucapkan syukur padaMU Allah...:-)

Alhamdulillah..syukur padaMU ya Allah kerana memberi peluang kepada anakku untuk mengabadikan diri kepadaMU..:-)aku amat bangga bila seorang dari puteraku mencari cahaya hidayahMU dengan hati yang rela.Anakku sesungguhnya ibu sangat bangga denganmu.semoga peluang ini akan kau hargai kerana dengan cara ini saja yang mampu menyuluh perjalananmu menuju ke Syurga.Ibu berharap kau akan menjadi pemimpin yang menjadi contoh kepada 2 orang adikmu yang masih kecil.Ibu juga berharap agar kau akan menjadi seorang pendakwah di tanah airmu.Ya Allah..jadikanlah anak-anakku seorang yang berguna dunia dan akhirat.Jauhkanlah mereka dari kesesatan yang semakin menghuru harakan umatMu di muka bumi ini..amiin Ya ROBBIL ALAMIIN...

Hari-hari yang amat berharga

sibuk betul minggu ini..macam-macam program yang memangggil sana sini,tapi memang menyoronokkan.dari stress jadi happy..22hb April yang lepas sibuk ngn program konvensyen ibu tunggal wirda,26 April plk ngn kursus ice blended JKM dn hari ini plk 29 April dengan program usahawan MyKasih.fuhhhh...memang berbaloi kerana dapat menimba ilmu yang paling berharga dan yang penting sekali ia adalah percuma.hrmm..ntahlah apa lagi yang ingin ku tulis kat blog ini,hilang kata-kata,hilang idea..semua jdi blink~blink~..otak masih berfikir bagaimana mahu mengubah hidup ini.andainya aku diberi peluang untuk mendapat sedikit sumbangan perniagaan,pastinya akan ku hargai dan menafaatkan sepenuhnya tapi mungkin belum tiba masanya lagi kan..tunggulah sedikit masa lagi,semoga impian itu akan tercapai suatu hari nanti.Niatku hanya satu yang akan ku pegang sehingga nafas yang terakhir,impian paling berhargaku namun aku tidak dapat kongsi disini.maaf sangat2 ye.Harapanku semoga Allah akan memperkenankan doa dan impian suciku ini...Insyallah...amiin...

Sunday 4 March 2012

???????...................

Sedih...sedih saja..ku kunci pintu bilik..menangis puas-puas.Biarlah..ini sudah tabiatku yang tak akan ku tinggalkan.aku suka menangis bila rasa terharu,bila rasa tertekan,bila dalam kesedihan dan segala jenis macam membuat airmata ku mudah gugur.Aku tidak ingin seorang pun dari anak melihat aku menangis walaupun pernah sesekali,anak yang bongsu bertanya kepadaku.Biarpun dia masih terlalu muda untuk mengerti tetapi dia faham keadaan yang aku lalui walaupun cuba berselindung.Entah apa yang membuat ku sebak,tiba-tiba ingin menangis,mungkinkah sebab rasa rendah diri,tersisih,tersingkir..arghhh..sedinyee...aku hilang keyakinan buat apa saja...huhu..tiada semangat untuk teruskan lagi..aku terlalu kecewa dalam hidup ini.walaupun cuba untuk berdalih tapi tak mungkin dan yang pastinya sedikit demi sedikit ia mula tersingkap dari pengetahuan semua.sampai bila aku harus seperti ini????sampai bila????perlukah kesabaranku gugur sekerat jalan??Mampukah aku teruskan??tidak mungkin...biarlah semuanya berakhir disini..aku malu kerana tidak mampu dan tiada keyakinan diri lagi..kenapa mereka bahagia sedangkan aku tidak??adakah aku tidak berhak??Ya Allah maafkan aku kerana berkata begini,semuanya kerana aku sudah menyerah kalah dengan ujianMu..aku kalah..kalah...tiada semangat lagi...:-((yang diharapkan selalu tidak menjadi...:-(( aku kalah..kalahhhh...!!:((

Thursday 1 March 2012

LaNgKAh-laNgKah UnTUk membAnTu ibUtUnGGaL



Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal merupakan skim bantuan kewangan yang disediakanoleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal.Bagi Ibu tunggal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:
Bantuan Bulanan - Bantuan Am
Bantuan Sekaligus - Geran Pelancaran
Perkhidmatan kaunseling
Bantuan kebajikan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM)
(Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) merupakan sebuah jabatan yang dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri dalam KPWKM ialah YB Senator Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil.Ketua Pengarah JKMM ialah Dato Meme Zainal Rashid.Objejtif bagi JKMM ialah:

Memberi perlindungan pemulihan dan kepada kumpulan sasar Jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yangprofesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

Bantuan Bulanan - Bantuan Am
Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
Bantuan Anak Pelihara
Elaun Pekerja cacat
Bantuan Orang Tua
Bantuan Am

Bantuan Sekaligus - Geran Pelancaran
Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah).

Perkhidmatan kaunseling
Perkhidmatan kaunseling juga disediakan oleh pihak JKM
Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatankaunseling :-
Datang ke pejabat
Telefon
Surat
Faks

Bantuan kebajikan
Bantuan kebajikan dari segi kewangan juga diberi kepada ibu tunggal.Namun penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan danpertimbangan oleh Pegawai Pelulus.
Masalah-masalah memang biasa melanda keluarga yang normal.Akan tetapi, ibu tunggal terpaksa menghadapi semua masalah bersendirian.Itulah sebabnya kita amat mengagumi ibu tunggal yang berjaya membina keluarga dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.Selain daripada bantuan JKM,langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Ibutunggal ialah:

Penglibatan diri dalam persatuan atau kelab
Penglibatan diri dalam program-program bantuan seperti melalui Program Jaya Diri
Penglibatan diri dalam ceramah atau bimbingan kelompok
Bantuan kewangan
Bantuan sosial.

MaSaLaH Yang SErIng dihAdapi olEH iBu TuNgGaL


Masalah ekonomi:
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal.Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang pekerjaan diluar.Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan.Sekiranya mereka mendapat kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua.
Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri.Namun,ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil.Sumber kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka dan menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.

Masalah sosial

Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang mengatakan dirinya terpaksa melibatkan diridengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yangkurang memuaskan. Ini memdedahkan mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dansindiran orang lain.Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yangdisediakan oleh kerajaan dan pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Bantuan sosial juga berlaku dalam pelbagai bentuk.Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari.Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.

Masalah psikologi
Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal.Hal ini disebabkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu tunggal yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya.Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri.Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat telah memburukkan keadaan.Disebabkan kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa bersalah.Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga membawakan pelbagai kesan negatif.
Masalah dalam berurusan dengan Mahkamah
Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah.
Mereka mengakui sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya.Pihak
Mahkamah pula mengatakan wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka.
Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalamhal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.

IbU tUnGGaL


DEFINISI IBU TUNGGAL
Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :

Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya
Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.
Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yangpanjang).
Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal:

Masalah ekonomi
Masalah sosial
Masalah psikologi
Masalah dalam berurusan dengan Mahkamah.

Masalah ibu tunggal

Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat kita.
Fenomena ini didapati meningkat secara berterusan sejak kebelakangan 
tahun ini memang tidak dinafikan bahawa sebagai seorang ibu perlu 
memainkan peranan bapa pada masa yang sama sesuatu yang agak susah.
Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan
masalah mereka menjadi semakin meruncing.
Fenomena ibu tunggal ini telah memberi kesan kepada wanita yang terbabit 
dan anak-anaknya secara tidak langsung.
Oleh itu,bantuan terhadap golongan tersebut adalah wajar.
Ibu tunggal meliputi mereka yang mendapat anak tanpa pernikahan yang sah
dan memilih untuk memelihara anak tersebut, isteri yang telah suaminya meninggal dunia 
isteri yang telah ditinggalkan/ diceraikan serta tidak diberi nafkah untukmenyara kehidupan. 
Sebagai seorang ibu tunggal, mereka bertanggungjawab membesarkan anak-anak tanpa pertolongan suami. 
Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal sering menghadapi masalah dalam proses mendidik anak-anaknya,terutamanya ibu tunggal yang kurang berpendidikan dan berpendapatan kecil.
Masalah yang dihadapi oleh mereka meliputi masalah ekonomi, sosial, psikologi dan hubungan dengan mahkamah.

Tuesday 28 February 2012

:((

Arghh....!telur dah habis...semua dah habis,yang ada tinggal beras dan minyak.nasiblah..tidak apalah..makanlah apa yang ada,kita masih boleh goreng nasi tanpa kicap kerana kicap pun sudah habis.kenapalah aku tidak kuat,selalu sakit,aku tidak dapat teruskan kata2,menangis sendirian ketika menulis apa yang dilalui.aku tidak pernah kesiankan diri ini kecuali anak2.anak-anakku sudah nasib kalian untuk menanggung semua,papa dari segi kesihatan dan papa dari segi keperluan seharian.Aku sangat harapkn BR1M yang dijanjikan sekurang-kurangnya dapat membantu tapi sampai sekarang status masih kabur,kalau tak aku sudah mampu membeli keperluan,menggunting rambut anak-anakku yang kini sudah pun di tegur oleh cikgu mereka di sekolah.Tiada niat untuk meminta-minta,tapi keadaan yang memaksa aku terpaksa luahkan.Aku tidak ada teman untuk berbicara,hanya berbicara melalui catatan yang mungkin mengundang berbagai spekulasi di mata-mata para pembaca.Aku sudah lali dengan tanggapan orang lain,biarlah apa kata mereka yang penting kita luahkan apa yang benar.Andainya keadaan mengizinkan,aku akan gagahi diri ini untuk mengalas keperluan anak2ku tapi aku rasakan semakin lemah dan tidak berdaya untuk lakukan apa yang termampu ku lakukan dulu.Mungkinkah tekanan yang melemahkan segala-galanya atau mungkin ada penyakit dalaman,aku tidak tahu apa yang berlaku dengan diri sendiri,aku tidak kuasa untuk memikirkan soal diri yang penting semua untuk anak-anakku.Entah mengapa tetiba kawan kepada ex suamiku menghubungiku semakin kerap dan menceritakan segala apa yang dia lakukan selama ini.aku merasa serba salah sama ada ingin meneruskan perbicaraan itu lantaran kawannya itu pernah membantuku sebelum ini.sukarnya hidup ini bila diri dalam dilema,kerana budi aku terpaksa mengalah.Kawannya yang ku panggil M disini pernah membantuku ketika melalui kesukaran,walaupun tidak sebesar mana tapi bagiku ia sudah cukup bererti.Semenjak 2-3 hari lepas M memujuk ex suami untuk mengirim sedikit wang untuk anak-anaknya,dan ex berkata sudahpun memasukkan ke dalam akaunku tapi hampanya bakinya masih RM8.30.Cukuplah..cukuplah setakat ini,sudah lama aku tidak menagih tapi M yang lakukan semua itu kerana terlalu simpati ke atas nasib mereka.Aku malu,malu kerana dulu terlalu meminta-minta kerana ketika itu aku masih takut dan belum biasa dengan keadaan yang tidak disangka-sangka.Tapi kini,aku boleh laluinya walaupun dalam keadaan yang terkejut dengan perubahan yang tiba-tiba dan terlalu menekankan fikiran.Insyaallah,harap2 esok ada catering,dapatlah belanja sedikit,simpan sikit2 untuk keperluan hari lain.Insyaallah..semoga aku berjaya dalam senarai penerimaan bantu niaga kecil-kecilan yang di pohon sebelum ini.Semoga nasib baik menyebelahiku kali ini..Amiin...

MaLu PaDa yNaG tAk sUDi

Siapalah aku di sisi kalian.Rasa lemah sangat,kekadang sedih dan berfikir sedalam-dalamnya setiap apa yang aku buat.Maafkan aku kiranya pernah menyinggung perasaan orang lain.Aku hanyalah insan biasa yang tidak sedar dan tidak pernah lari dari lakukan kesilapan.Aku memohon maaf sangat2 andainya pernah menyakiti perasaan orang lain.Tapi ketahuilah apa yang pernah aku lakukan datangnya dari hati yang ikhlas,jujur dan tiada sedikitpun niat yang terselindung.Bukan menempah nama atau perhatian semua orang.Bukan membangga kerana apa yang ada tidaklah setaraf seperti kalian.Aku menangis lagi Ya Allah..sedih,mungkin ini semua atas kekilafan diriku..aku mohon keampunan dariMU ya Allah..maafkan aku kerana terlalu emosi setiap hari.Yang menangis itu adalah aku,yang bersedih itu adalah aku,yang bersalah itu adalah aku,yang hina itu akulah jua..Ya Allah..biarlah aku hina,jijik dan yang buruk itu di sisi mereka asalkan akulah harumanMU itu di akhirat nanti.Aku tidak akan cintakan nikmat di dunia,cukuplah sekadar apa yang ada tetapi aku sangat harapkan sesuatu yang lebih di sana nanti..

Sunday 26 February 2012

SiApAlAh KaMi

argh...kuroyon po..aiso momoduli.isai po da posondihan,okoro po tanganakku.porotian nga amu po milo..
Ya..Allah...aku berserah kepadaMU,berikanlah apa saja sehabis-habisnya untuk ujianMU.Sebesar manapun aku sanggup menerimanya walaupun keperitan yang menemani ku sehingga akhir hayat.Aku sangat terkilan tanpa disedari menangis jua akhirnya.Setiap urat-uratku seolah-olah menggigil setiap kali merenung segala perbuatanmu terhadap anak2 yang masih kecil.Aku tidak pernah berteman untuk mengharungi setiap perjalanan ini dan tiada siapa yang sudi untuk mendengar sepatah suara hatiku,mungkin aku bukanlah insan yang selayak-layaknya untuk meluahkan segala kesedihan seperti insan2 yang lain.Maaf..maksudku,aku bukan insan yang terpilih untuk mendapat apa yang diingini.perjalanan yang suram,segelap-gelapnya tanpa cahaya,namun dalam hati masih menyimpan sedikit harapan semoga cahaya yang dinantikan itu akan tiba disana nanti.aku akur dengan setiap apa yang berlaku dan tiada apa-apa lagi yang ku harapkan yang terbaik di dunia ini selain dari inginkan yang lebih baik di akhirat nanti.Aku selalu berpesan kepada anak2,agar tidak mengeluh atau meminta-minta bila ada sesuatu kekurangan yang tidak mampu mereka miliki.aku menegah mereka sekeras-kerasnya untuk menyesali setiap apa yang dilalui dan mengajar mereka agar mensyukuri setiap nikmat yang diberi.Doaku hanya satu,semoga segala-galanya dipermudahkan untuk kami mengharungi bakal-bakal ujian yang direncanakan..

KeLiRu

huhu..aku sungguh seronok dan bahagia bila berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada kawan tapi yang sedihnya kita yang bertungkus lumus dalam usahasama mencari peluang untuk keluar dari kepompong kesusahan mendapat reaksi yang tidak memberansangkan.huhu..sedih rasanya bila berita baik ini tidak mendapat penghargaan yang sebaik rupa.Tapi tidak mengapalah,asalkan niat aku ikhlas dan tiada unsur negatif terpulanglah pada mereka untuk mentafsirkan segalanya tentang diriku.Hidup yang ikhlas tanpa sekelumit perasaan dendam dan pasrah dengan segalanya pastinya mendapat hitungan yang baik suatu hari nanti.Sebesar mana keperitan itu,penat lelah kita pastinya akan mampu mengukir senyuman suatu masa nanti.Sebaknya hatiku,namun ku cuba menahan setiap apa yang dilalui,terlalu pahit untuk di telan,diri seolah-olah terkapai-kapai di tengah lautan tanpa seorang pun yang di harapkan dalam setiap kedukaan tapi yang hadir hanya ego mata-mata memandang.Terkedu sebentar,dan berfikir sejenak.....tarik nafas panjang-panjang...huhu...apa yang telah aku lakukan?adakah perbuatanku tidak disukai?adakah perbuatanku membawa keburukan??aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang baik untuk tingkatkan taraf hidup dan bukannya berkongsi kesusahan ku yang sedia ada..

Friday 24 February 2012

MaMpUkAh aKu tErUsKAn??

Hmm..bosan betul menunggu..semalam janji nak datang tapi tak kesampaian.
Tunggu jek la.mungkin esok atau lusa dia telefon balik.Aku sangat harapkan sesuatu yang terbaik boleh mengubah hidup ini.Aku mahu buktikan kepada dia yang aku mampu membesarkan anak-anak sendirian,tapi sampai bila??kesungguhanku entah mampu diteruskan ataupun mati di tengah jalan.Kekentalan jiwaku semakin lentur,hilang keyakinan,hilang semangat dan semuanya seperti sekadar angan-angan.Kenangan lama masih segar dalam ingatan.kenangan yang terlalu pahit dan sukar untuk dilupakan.Tapi tidak mampu ku abadikan ceritanya disini kerana yang berlaku biarlah aku saja yang mengetahuinya.uhh..nak kata susah pun tak boleh,nanti ia seolah-olah seperti keluhan.Tak ingin sekali mengeluh,biarlah apa yang berlaku aku terima dengan  kesyukuran.Aku tidak setabah orang lain kekadang takut tewas dengan ujianNYA..ya Allah peliharalah kami dari perkara-perkara buruk,murahkanlah rezekiku agar mampu menyara anak-anak,kuatkanlah imanku agar terhindar dari hasutan iblis dan berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anaku..amiin..

Thursday 23 February 2012

DuGaaN iTu mEndEkAtKAn kiTa kepADaNyA


Putaran kehidupan manusia seperti roda,kekadang diatas dan kekadang dibawah.Terpulanglah pada individu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu.Sangkaanku selama ini hanya sendirian mengharungi kesengsaraan hidup,rupanya masih ramai diluar sana yang  lebih teruk berbanding dengan keadaan ku sekarang.Berdasarkan apa yang sering berlaku bagi sesetengah orang,kesusahan hidup ini merangkumi penderitaan akibat masalah kesihatan dan penderitaan akibat kesempitan hidup.Kesian dan sedih sangat membaca kisah Adik Faris.Memang menyedihkan lebih-lebih lagi dlm usia sekecil itu sdh diuji dengan penyakit HLH (Barah Darah) yang ditanggungnya.Berlinang airmataku bila Dr memaklumkan paru2nya  jg tdk mampu berfungsi dengan baik.Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..




PERBUALAN PENDEK ANTARA FARIS DENGAN AYAHNYA

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?

Faris : *diam


Dia seolah-olah mengerti apa yang sedang berlaku..



kucupan terakhir ..


                            ..SEMOGA KAU AMAN DAMAI DI PUSARAMU..

BuAt AdIk FaRis YaNg TeRsAYaNg

Sedih benar membaca kisah Adik Faris 6 tahun yang telah pergi buat selama-lamanya.Aku terlalu lewat mendengar penderitaannya dan hanya mengetahui apabila dia telah kembali ke rahmatullah.
AL-FATIHAH BUAT ADIK FARIS DAN TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN SAUDARA-MARANYA.Tabahkan hati mendapat musibah seperti ini,sesiapapn tidak sanggup kehilangan orang tersayang.Kesedihan tidak mampu diungkapkan melalui kata2 seperti apa yang sedang bergolak dalam kita menyahut ujian illahi.Hanya redha dan iringilah pemergiannya dengan doa yang pasti perjalanannya dipenuh dengan cahaya,cahaya kemenangan,cahaya kegembiraan dan cahaya kebahagiaan kerana syurga sedang menanti kehadiran  si kecil,ceria dan tabah menghadapi setiap penderitaan yang dilalui sebelum ini..

Wednesday 22 February 2012

DuKa YaNg TiDak bERpeNghUjUNg

Makkk...sok cikgu suruh beli baju sukan.Itulah yang pertama diucapkan oleh putera keduaku selepas balik dari sekolah.aku hanya diam tidak berkata.Aku tidak ingin sekali mengecewakan anak-anakku,dengan perlahan aku berkata,besok mama bagi duitnya..anakku dengan girangnya melompat gembira sambil berkata warna kuning itulah rumah sukannya.Dia tidak tahu apa yang sedang ku fikirkan.runsing namun cuba berdolak dalih atas alasan tidak ingin mengecewakan dia.Dalam genggaman hanya tinggal RM20 yang ku simpan untuk keperluan esoknya atas ada urusan lagi.Sudahlah,aku tidak ingin turutkan hati dengan lemahnya menangis di depan mereka.Sabar..sabar..sabar..semoga rezeki Allah datang dengan tiba-tiba.Hanya itulah harapanku dari dulu sehingga kini..

SeTiaP BelAiAnKu AdA mAkNaNyA

Anak-anakku ketahuilah:

Belaian pertamaku
maknanya sangat merinduimu
Belaian keduaku
maknanya sangat kasihkanmu
Belaian ketigaku
maknanya sangat menyayangimu
Belaian keempatku
maknanya sangat mengasihanimu
Belaian kelimaku
maknanya ingin memelukmu
Belaian keenamku
maknanya sangat memerlukanmu
Belaian ketujuhku
maknanya ingin dimengertikan
Belaian kelapanku
maknanya ingin kau berdikari
Belaian kesembilanku
maknanya ingin kau dengari
Belaian terakhirku
maknanya ku memohon maaf
Kerna tidak bisa membahagiakanmu..:-(


AkU SeKaDaR di piNgGIraN

Entah mengapa tetiba rasa tak berapa sihat.Mmg kerap jadi mcam ni tapi tahan sehingga boleh.
Selagi terdaya aku akan cuba menahan.Cukuplah segala yang membebani dan mendera fikiranku.
aku tidak ingin mengungkit segala kenangan silam yang pernah singgah dalam hidupku.tetapi semakin ia dilupakan semakin ia mendekati..kenapa ye??..memang sukar dinyatakan apa yang tersurat dalam hidup kita.
namun setiap yang berlaku  akan menjadi ikhtibar di masa akan datang.tiada niat yang tersimpan lagi dalam fikiran selain dari mengorbankan diri demi masa depan anak-anakku.
cukuplah berfikir..namun aku tidak mampu untuk menyingkirkan setiap apa yang berlaku dalam hidupku lebih-lebih lagi ia sesuatu yang telah merobek kebahagiaanku selama ini..Tolonglah aku untuk menghilangkan setiap
kegelisahan dikala mata tidak berkerdip untuk mengakhiri penderitaan yang dilalui..

SaBaR

Sabar Itu Separuh Dari Iman

Aku tidak akan gentar untuk menghadapi apa saja.
Apa saja yang bakal menanti esok akan ku tempuhinya dengan KESABARAN.
Ya..SABAR..itu sahaja kekuatan yang aku ada.Bukan kekuatan dari segi fizikal tetapi mentaliti yang kuat
dan sanggup redahi apa saja demi 3 orang kekasih hatiku..

DoA MuRaH ReZeKi





"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin Ya Rabbil Alamiin..

PeRJaLaNaNkU


Pagi ini aku menyiapkan puteriku untuk dihantar ke sekolah.selepas itu aku terus bergegas ke bank berdekatan sambil mengenggam kad atm untuk mengeluarkan saki baki wang yang semakin kering.Hampa..yang tinggal cuma RM50.55..aku hanya mampu mengeluarkan RM40 darinya.Inilah dugaan hidupku..syukur Alhamdulillah..aku hanya mampu tersenyum walaupun senyuman itu hanyalah pengganti kesedihanku.Aku keluarkan kad atm yang lain dengan penuh harapan jika meraih sedikit ihsan dan simpati dari ayah kepada anak-anakku dan berharap ada sedikit wang yang dimasukkan ke dalam akaunku.Sedih dan terkilan bercampur baur tidak terungkap..dalam mata yang berkaca skrin atm hanya menunjukkan RM8.30.ahh..mungkin dia tidak rindukan anaknya lagi kerana kasih sayang yang sepatutnya diberi kepada kekasih hatiku kini beralih arah kepada anak barunya.Aku tidak tegah menahan sebak dan akhirnya satu persatu airmataku gugur jua akhirnya.Aku menarik nafas panjang,menghembuskan segala keperitan namun yang perit tetap akan terpendam tanpa terusik sedikitpun,memujuk diri sendiri perkara yang sebati dalam hidupku.Aku bknnya mengeluh ataupun menyalahkan takdir yang tidak menyebelahi nasibku tetapi aku hanya ingin sampaikan apa yang hendak diluahkan oleh hatiku,terseksa tanpa siapa untuk berkongsi dan hanya mencoret untuk melepaskannya.Ya Allah..aku pasrah dengan dugaanMU maafkan aku andai tersalah..aku tidak berniat lain selain dari akur,tabah,dan sabar sekeras-kerasnya..

Hari ini temujanji ke baitumal atas urusan pembayaran hutang.Walaupun malu untuk meminta tetapi kerana terpaksa aku tebalkan muka.Dalam perjalanan ke stesen bas,bibirku tidak henti2 dengan Zikir Allah,segala doa yang aku tahu dengan niat yang terbaik semoga perjalananku dipermudahkan.

PERJALANAN DAN RINTIHAN SEORANG IBU TUNGGAL

ASSALAMMUALAIKUM KEPADA SEMUA PARA PEMBACA.
MARI KITA RENUNGI SEJENAK BETAPA BESARNYA PENGORBANAN SEORANG WANITA
YANG BERGELAR IBU DAN JUGA BAPA KEPADA ANAK-ANAK SELEPAS MENJADI IBU TUNGGAL AKIBAT KEHILANGAN ATAU DITINGGALKAN OLEH SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI DIMANA IA MENJADI AKAR TUNJANG KEHIDUPAN MEREKA DAN AKHIRNYA DITINGGAL TERKAPAI-KAPAI TANPA HALUAN YANG JELAS.ENTAH BISA ATAUPUN TIDAK,WANITA ITU TIDAK DAPAT MENOLAK SEGALA KEMUNGKINAN YANG BAKAL DILALUI DALAM KETERPAKSAAN.MEMANG RAMAI  DILUAR SANA YANG MASIH MENGHARAP SINAR UNTUK MEREKA MENGUBAH KEHIDUPAN YANG PASTINYA BERAT UNTUK MEMIKUL.BEGITU PERIT GETIR YANG MEREKA LALUI DALAM KEPAYAHAN DEMI MEMBESARKAN ANAK-ANAK TANPA MENGENAL ERTI PENDERITAAN,SELANGKAH DEMI SELANGKAH DENGAN  MENEROKA SETIAP INCI KEHIDUPAN DENGAN HARAPAN HIDUP KEMBALI CERIA WALAUPUN TIADA INSAN DISISI YANG BERGELAR SUAMI.
HARAP KITA DAPAT BERKONGSI APA SAJA PAHIT GETIR KEHIDUPAN DISINI.
PENGALAMAN ITU LEBIH KEPADA MENDEWASAKAN KITA