" KuNjungAn AnDa sAnGat beRhArGa "

Tuesday 28 February 2012

:((

Arghh....!telur dah habis...semua dah habis,yang ada tinggal beras dan minyak.nasiblah..tidak apalah..makanlah apa yang ada,kita masih boleh goreng nasi tanpa kicap kerana kicap pun sudah habis.kenapalah aku tidak kuat,selalu sakit,aku tidak dapat teruskan kata2,menangis sendirian ketika menulis apa yang dilalui.aku tidak pernah kesiankan diri ini kecuali anak2.anak-anakku sudah nasib kalian untuk menanggung semua,papa dari segi kesihatan dan papa dari segi keperluan seharian.Aku sangat harapkn BR1M yang dijanjikan sekurang-kurangnya dapat membantu tapi sampai sekarang status masih kabur,kalau tak aku sudah mampu membeli keperluan,menggunting rambut anak-anakku yang kini sudah pun di tegur oleh cikgu mereka di sekolah.Tiada niat untuk meminta-minta,tapi keadaan yang memaksa aku terpaksa luahkan.Aku tidak ada teman untuk berbicara,hanya berbicara melalui catatan yang mungkin mengundang berbagai spekulasi di mata-mata para pembaca.Aku sudah lali dengan tanggapan orang lain,biarlah apa kata mereka yang penting kita luahkan apa yang benar.Andainya keadaan mengizinkan,aku akan gagahi diri ini untuk mengalas keperluan anak2ku tapi aku rasakan semakin lemah dan tidak berdaya untuk lakukan apa yang termampu ku lakukan dulu.Mungkinkah tekanan yang melemahkan segala-galanya atau mungkin ada penyakit dalaman,aku tidak tahu apa yang berlaku dengan diri sendiri,aku tidak kuasa untuk memikirkan soal diri yang penting semua untuk anak-anakku.Entah mengapa tetiba kawan kepada ex suamiku menghubungiku semakin kerap dan menceritakan segala apa yang dia lakukan selama ini.aku merasa serba salah sama ada ingin meneruskan perbicaraan itu lantaran kawannya itu pernah membantuku sebelum ini.sukarnya hidup ini bila diri dalam dilema,kerana budi aku terpaksa mengalah.Kawannya yang ku panggil M disini pernah membantuku ketika melalui kesukaran,walaupun tidak sebesar mana tapi bagiku ia sudah cukup bererti.Semenjak 2-3 hari lepas M memujuk ex suami untuk mengirim sedikit wang untuk anak-anaknya,dan ex berkata sudahpun memasukkan ke dalam akaunku tapi hampanya bakinya masih RM8.30.Cukuplah..cukuplah setakat ini,sudah lama aku tidak menagih tapi M yang lakukan semua itu kerana terlalu simpati ke atas nasib mereka.Aku malu,malu kerana dulu terlalu meminta-minta kerana ketika itu aku masih takut dan belum biasa dengan keadaan yang tidak disangka-sangka.Tapi kini,aku boleh laluinya walaupun dalam keadaan yang terkejut dengan perubahan yang tiba-tiba dan terlalu menekankan fikiran.Insyaallah,harap2 esok ada catering,dapatlah belanja sedikit,simpan sikit2 untuk keperluan hari lain.Insyaallah..semoga aku berjaya dalam senarai penerimaan bantu niaga kecil-kecilan yang di pohon sebelum ini.Semoga nasib baik menyebelahiku kali ini..Amiin...

No comments: