Hmm..bosan betul menunggu..semalam janji nak datang tapi tak kesampaian.
Tunggu jek la.mungkin esok atau lusa dia telefon balik.Aku sangat harapkan sesuatu yang terbaik boleh mengubah hidup ini.Aku mahu buktikan kepada dia yang aku mampu membesarkan anak-anak sendirian,tapi sampai bila??kesungguhanku entah mampu diteruskan ataupun mati di tengah jalan.Kekentalan jiwaku semakin lentur,hilang keyakinan,hilang semangat dan semuanya seperti sekadar angan-angan.Kenangan lama masih segar dalam ingatan.kenangan yang terlalu pahit dan sukar untuk dilupakan.Tapi tidak mampu ku abadikan ceritanya disini kerana yang berlaku biarlah aku saja yang mengetahuinya.uhh..nak kata susah pun tak boleh,nanti ia seolah-olah seperti keluhan.Tak ingin sekali mengeluh,biarlah apa yang berlaku aku terima dengan kesyukuran.Aku tidak setabah orang lain kekadang takut tewas dengan ujianNYA..ya Allah peliharalah kami dari perkara-perkara buruk,murahkanlah rezekiku agar mampu menyara anak-anak,kuatkanlah imanku agar terhindar dari hasutan iblis dan berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anaku..amiin..